Monday, October 20, 2008

Pohon condong yang tidak mampu menampung kera dan monyet...

DAKWAAN mengatakan Umno terlalu dominan dalam Barisan Nasional dan Umno merupakan kaki buli, selain pelbagai tuntutan dibuat oleh parti-parti komponen, hinggalah mahu memilih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara terus, dibuat oleh rakyat adalah permintaan yang mengambarkan 'ugutan'.
Iklan
Ketika Umno masih terus bergolak dengan isu dalaman, selain persaingan yang boleh meruntuhkan parti, rakan-rakan dalam komponen BN kini, semakin berani malah, tidak langsung ada perasaan menghormati dan menjaga hati rakan-rakan lain, khususnya orang Melayu di dalam Umno.
Secara kebetulan, hanya Umno sahaja parti tunggal Melayu berada di dalam BN. Sedangkan 12 lagi yang lain (dulunya ada 13, tetapi SAPP sudah keluar), menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak menjadi �dominan� daripada Umno.
Umno kini, bolehlah dianggap sebatang pohon yang sudah condong. Bukan sahaja monyet dan kera akan melompat ke pohon lain, malahan binatang yang merayap seperti kura-kura pun sedang cuba memanjatnya.
Pertelingkahan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berpanjangan.
Perjuangan Dr Mahathir kini hanya satu, mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno, manakala Abdullah pula, melepaskan bom asapnya di Kota Kinabalu, membidas Dr Mahathir yang dilihatnya cuba mengatur pertandingan dalam Umno.
Ketika ini, hanya seorang dua sahaja 'rakan-rakan sepasukan' Abdullah yang menyokong bidasan Abdullah terhadap Dr Mahathir, tetapi yang lain-lain, menyorokkan kepala, seperti seekor kura-kura berdepan dengan bahaya.
Kenapa jadi begini? Kenapa masing-masing tidak mahu 'menyokong' boss mereka? Ada pendapat mengatakan, ketika Abdullah berada di penghujung kariernya, jika sesiapa yang masih dilihat bersama-samanya, bakal dihukum dalam pemilihan parti nanti.
"Saya tidak mahu jadi Habibie di Indonesia yang dikaitkan dengan Soeharto," kata seorang timbalan menteri yang dihubungi.
Banyak pihak mendakwa, sesiapa yang dilihat 'bersekongkol' dengan Abdullah sekarang, bakal terhukum apabila Dato' Seri Najib Tun Razak berkuasa nanti. Walaupun Najib dikatakan tidak begitu 'garang', tetapi regunya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat bakal menjadi 'guru disiplin' yang akan menghukum seseorang.
Tataplah akhbar harian, tengok dan teliti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka kononnya untuk menyokong Abdullah, terlalu lembut dan berhati-hati. Bukan kerana mereka takut kepada Dr Mahathir tetapi kerana mereka takut dicop sebagai orang Abdullah, yang menyebabkan mereka kehilangan sokongan.
Begitulah Umno dan begitulah BN sebenarnya. Ketika Ong Ka Ting mahu melangkah keluar dari kepimpinan MCA, adiknya Ong Ka Chuan yang merupakan Setiausaha Agung MCA tewas dalam usaha merebut jawatan Timbalan Presiden.
Jika nasib tidak baik, secara tradisinya, Ka Chuan mungkin digugurkan dari kabinet kerana kebiasannya MCA meletakkan Presiden, Timbalan Presiden dan dua dari empat Naib Presiden di kerusi Menteri.
Jangan sesiapa terkejut, jika secara tiba-tiba Khairy Jamaluddin yang dikatakan boleh menang mudah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, tiba-tiba terkial-kial keseorangan untuk mencukupkan pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan itu, yang kini sudah masuk minggu ketiga.
Kerana apa? Kerana Abdullah yang juga bapa mentua Khairy sudah dianggap 'menuju jalan keluar' dari kepimpinan Umno.
Hari ini, jangan terkejut jika Abdullah ke luar negara, sudah tiada orang-orang Umno yang berduyun-duyun menghantarnya di lapangan terbang, begitu juga sekembalinya dari luar negara, akan sunyilah terminal itu kerana orang-orang Umno hanya berpegang kepada 'di mana ada gula, di situ ada semut'. Abdullah dianggap pemimpin yang sudah tawar dan tidak bergula lagi.
Berbeza dengan Najib, ketika dia seperti terbitnya fajar dan menjanjikan sinar matahari di awal pagi, akan sentiasa dikerumuni, sepertilah gambaran yang mengatakan hampir 30,000 berada di majlis Jamuan Hari Rayanya di Pekan, Pahang baru-baru ini.
Jika orang-orang Umno masih ingat, begitulah nasib yang menimpa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn.
Dr Mahathir juga pernah merasakan bagaimana kehadiran menyambutnya pulang dari luar negara, tiba-tiba jumlahnya terlalu ramai, yang mengejutkan banyak orang.
Rupa-rupanya di tempat yang sama, Abdullah yang bakal menggantikannya mahu berangkat ke luar Negara, dengan perbezaan waktu yang singkat.
Mereka datang beramai-ramai untuk menghantar Abdullah dan bukan menyambut ketibaan Dr Mahathir.
Tetapi disebabkan sudah terserempak di situ, masing-masing bersalaman tetapi fokus mereka yang datang tetap kepada Abdullah dan bukan Mahathir.
Situasi begini, pernah dirasai Abdullah bila terserempak dengan kehadiran ramai orang di TUDM Subang sekembalinya beliau dari Pulau Pinang, tetapi bukan kehadiran itu untuk menyambutnya pulang dari Pulau Pinang, sebaliknya menunggu Najib yang akan sampai dari luar negara.
Bukan sedikit yang melarikan diri dari Abdullah, malah, ada yang sempat bersembunyi di dalam tandas lapangan terbang itu, kerana mereka ini tidak pernah menghantar Abdullah dan tidak pernah ketinggalan menghantar Najib, jika Abdullah dan Najib berangkat ke luar negara.
Tengoklah nanti, ketika serangan dan ugutan datang bertubi-tubi dari parti-parti komponen BN, rakan-rakan penjawat pelbagai jawatan penting yang diberikan Abdullah dalam parti dan kerajaan akan mengambil sikap 'membisu'.
Bagi mereka, mereka akan membuat komen ketika Najib menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, kerana ketika itu, semua komen akan mendapat 'markah' dari Najib.
Malah, ada yang tidak segan silu berkata; "Kalau Najib jadi Pengerusi BN, dah boleh selesai ni," yang menunjukkan bahawa mereka menganggap Abdullah lemah dan sentiasa dibuli oleh rakan-rakan komponen. Bukan sekali mereka mengugut, malahan berulang-ulang kali.
ISA misalannya, bukan sahaja ditentang parti-parti pembangkang, malahan kini sudah menjadi bahan perjuangan parti-parti komponen BN, seperti PPP, Gerakan dan kini MCA.
Bagi mereka, ISA perlu dikaji semula tetapi, hakikat sebenarnya, mereka berperasaan sama dengan apa yang diperjuangkan pembangkang!
Cuma, tidaklah sampai mereka sanggup meninggalkan BN kerana mereka percaya, masih ada 'gula' yang perlu semut hurungi.
Satu sumber memberitahu, jika bukan kerana hubungan terlalu rapat antara Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dengan Abdullah, Gerakan dipercayai sudah meninggalkan BN sebaik sahaja isu Dato' Ahmad Ismail dengan gambar Tsu Koon heboh diperkatakan dahulu.
Tidak pula diketahui, sejauh mana 'kesetiaan' Gerakan dapat dipertahankan sebaik sahaja Najib menggantikan Abdullah.
Satu perkara yang tidak ramai mengetahuinya, keputusan Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan sanggup menyerahkan kuasa kepada Najib, Mac 2009 kerana tertekan dengan tindakan SAPP, meninggalkan BN.
Satu sumber memberitahu, jika ini merupakan 'perancangan seseorang' untuk memberi tekanan kepada Abdullah, tunggulah, apakah SAPP akan kembali semula menjadi komponen BN, apabila Abdullah sudah tiada nanti.
Ada juga yang berpendapat, tindakan SAPP itu, ada kena mengena dengan keinginan Dr Mahathir yang menyeru penyokong Umno supaya meninggalkan Umno seperti yang dilakukannya dan kembali semula kepada Umno apabila Abdullah sudah tidak menjadi Presiden. - mr_

Wednesday, September 17, 2008

Anwar kini ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara


Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya seolah merasa beliau boleh berbuat apa yang beliau suka untuk terus menerus - seperti kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan ceritanya dapat tawan Putrajaya menerusi ‘ pintu belakang’ - tanpa mempedulikan langsung kesannya pada negara. Disebalik impian nak paksa dirinya dinobatkan jadi Perdana Menteri bukan menerusi pilihanraya ini seluruh negara kebelakangan ini terpaksa melayan berbagai karenahnya hingga mencetuskan kesan berkecamuk kepada suasana ekonomi dan saikoloji rakyat. Rabu, seolah ingin menyampaikan mesej Penasihat Parti Keadilan Rakyat …cukup cukuplah tu… Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Anwar kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Beliau berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya. Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu. Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur. Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lepas. Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang. "Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri. Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara. Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu. "Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi," katanya. Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera. Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar. Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya. "Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada," katanya. Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh PKR kepadanya pada Isnin lepas hanya menyentuh soal keselamatana negara, masalah moral dan politik negara. "Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat,"

Ada Ke Patut Anwar Buat Negara Huru-hara

31 orang Ahli Kebinet Baru DSAI yang telah dibayangkan untuk membentuk empayar baru kerajaan baru. Baiklah mungkin ada benarnya juga mengapa DSAI tidak senaraikan nama 31 orang tu diatas sebab keselamatan atau takut black listed from Kerajaan , tapi jika kebenaran itu ada pada DSAI mengapa tidak terus hantar je senarai nama tu pada PM, sebab jika Empayar baru kerajaan baru dibina PM tahu jugak siapa yang terlibat didalam kerajaan Baru nie....

So kepada rakyat M'sia khususnya yang muda-muda nie....jangan la cepat sangat terpengaruh dengan kata-kata DSAI ni.....jangan terlalu cepat membuat andaian-andaian yang tak munasabah......Jangan kerana nakkan minyak turun sanggup mengorbankan bangsa dan tanah air sendiri. Aku bercakap sebab bukan mudah nak buat penurunan harga bahan api dalam Malaysia....ianya akan dikaji setiap hujung bulan oleh pihak kerajaan .

Yang Paling penting tidak ada mana-mana kerajaan yang ingin membebankan rakyatnya....Sepatutnya kita berasa bersyukur dan berterima kasih kerana Bajet yang baru saja dibentang Oleh Pak Lah menyalurkan duit berbilion ringgit untuk meringankan beban rakyat. So Jangan terlalu cepat untuk menilai kerajaan tak betul. ....dan mudah sangat nak melenting...

Saturday, September 6, 2008

" Apabila Tetamu Berkunjung Ke Rumah "

Jangan nanti kekurangan persediaan membuat tetamu pulang dengan perasaan terkilan dan anda menjadi buah mulut mereka di Kemudian Hari.......Demikian jugalah ceritanya dengan Negeri-negeri yang telah ditawan oleh Pihak Pembangkang.
Rasanya tidak perlu sampai mencaci maki........memaki hamun mana-mana parti dibawah pemerintahan kerajaan yang bertandang dirumah Pembangkang......Mengapa tidak dijadikan satu medan perbincangan antara dua aideologi yang berbeda dan mencari dimana kesilapannya sesuatu permasalahahan yang melanda. Dengan cara ini tetamu yang bertandang ke rumah kita tidak akan pulang dengan rasa kecewa , sedih kerana permasalahan yang tidak selesai.
Layanan juga perlu la mesra atau "Have To " menerima sebarang pendapat dan pelbagai jenis buah pemikiran......Heheheh...Seharusnya dah lama perkara ini berlaku.....baru lah ada persefahaman antara satu sama lain.....
Persoalan yang melibatkan Undang-undang biar lah undang-undang yang menetukan......"HAPUSKAN POSITIF THINKING"
Hakikatnya tidak sukar menghadapi kunjugan tetamu. Asalkan anda sanggup melapangkan dada anda untuk menerima siapa pun yang hadir dan bertandang ditempat Anda.......Sebaliknya Perpaduan juga dapat dipupuk dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara satu sama yang lain.........Baru lah PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Friday, September 5, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Ok la to all malaysian people.........

Jom kita singkap dimana bermulanya perpaduan dan apa itu perpaduan di Bumi Malaysia........

Tun Hussein amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisi-polisi yang menjurus ke arah matlamat perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. Sebagai contoh, pada 20 April 1981 menyaksikan lahirnya Skim Amanah Saham Nasional. Beliau juga memberi perhatian yang serius terhadap konsep Rukun Tetangga dan usaha-usaha memerangi dadah.

Menggalakkan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional;
Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu;
Mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah;
Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat.

Setelah 12 tahun Bumi Malaysia MERDEKA satu Sejarah hitam yang telah terukir di bumi Malaysia pada 13 mei 1969 telah cukup memberikan kesan yang mendalam diatas ketiadaan perpaduan diantara kaum di Malaysia.Bukan sahaja memberikan kesan keatas perkauman malah ekonomi negara juga terjejas .

Justeru itu rukun negara pula diwujudkan. sila Rujuk Perkara Dibawah:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN